Wednesday, 7 October 2015

Welcome to our blog


Assalamualaikum...

Hello para pengunjung ini dikira for the first time blog yang kami cipta untuk menyelesaikan tugasan kami sebagai seorang student..yeahhh biasalah nama pun pelajarkan...macam-macam assignment kena buat...sampai nak makan pun tak sempat...badan pun dah seakan lidi..aiceayhhh bajet kurus kau.. okay okay be serius okay..

kami terdiri dari 4 orang pelajar yang ditugaskan untuk menyiapkan kerja kursus terakhir rasanya untuk sem 2 ini. Nak tahu siapa 4 oraang tu...alaaaa nengok je tepi tu ka hado ----- >
punya comel gambar kami letak tak kan tak sudi tengok...hahahah...sudah-sudah la tengok mari ke sini pulak.. kami punya assignment dapat tajuk CIRI-CIRI ORGANISASI..

ha? tahu ke apa tuu ORGANISASI...tak pe pelan-pelan scroll tu..nanti kami terang semuanya satu persatu sabaq naa.....

Objektif organisasi ? Bukan Objektif borang OMR exam tu laa...



OBJEKTIF 



  • membincangkan tentang ciri-ciri organisasi .
  • menerangkan tentang asas ciri-ciri organisasi 
  •  dapat memahami lagi tentang ciri-ciri organisasi. 
  •  dapat memastikan setiap individu mempratikkan ciri ini. 
  •  dapat mendisiplinkan seseorang untuk melakukan sebuah organisasi. 
  •  mngeratkan lagi hubungan sesama manusia jika organisasi ini dilakukan.

Nak tahu tak apa itu organisasi dan struktur organisasi ?


APA ITU ORGANISASI ???? 



Organisasi merupakan himpunan individu (dua atau lebih) yang menjalankan tugas tersendiri mengikut unit kerja, yang diselaraskan untuk mencapai sesuatu matlamat yang telah ditetapkan. Paham ? kalau masih tak Paham macam ini lah cerita dia " kita sebagai pelajar pun ada terlibat dengan organisasi kan kan..so mestilah kita ada ketua ? penolong ? bendahari ? ha itulah dikira organisasi sama-sama menjalankan tugas yang telah diberikan. Mudahkan ...




               MAKSUD STRUKTUR ORGANISASI PULAK ??

Struktur organisasi pulak bermaksud susunan komponen mengikut unit dalam organisasi. Struktur organisasi menunjukkan adanya pembahagian kerja dan menunjukkan begaimana fungsi-fungsi atau kegiatan tersebut dijalankan. Selain daripada itu struktur organisasi juga menunjukkan spesialisasi pekerjaan, saluran perintah dan penyampaian laporan.




Ciri - Ciri Organisasi ada 4 ye


Assalammuailaikum semua apa khabar marilah singgah ke blog sis dahulu....sis just nak sampaikan sedikit ilmu apa yang sis tahu nie...korang tahu tak apa itu CIRI-CIRI ORGANISASI ? haa tak tahu..mari sis ceritakan sedikit demi sedikit lama -lama ilmu jadi bukitlah haha :) berpantunlah pula sis hari ini. kalau yang dah tahu tak apa amik lagi sebagai pengetahuan tambahan okay...Apa itu organisasi? ada yang kata "tu mcm carta organisasi tu" haa memang betul mcm carta organisasi tapi itu adalah contohnya..yang sebetulnyaa organisasi ialah untuk mencapai sesuatu matlamat. organisasi ini akan ada pada sebuah syarikat yang besar seperti universiti , politekik, syarikat guaman, dan lain-lain. ianya penting supaya matlamat yang hendak dicapai itu berjaya...haa senangkan...nak lagi ? Jom layan sis sebarkan ilmu ini..

Selain itu organisasi ini juga  mempunyai ciri-cirinya...haa apa tuh ciri-ciri?? tak tahu kan ciri -ciri ialah apa yang organisasi ada dan jenis-jenis organisasi...Organisasi ini juga mempunyai peraturan dia juga ..jangan ingat sekolah politeknik ja yang ada organisasi pun hadooo hehe...bukan itu sahaja organisasi juga merupakan tempat wadah(tempat berbincang) tentang sesuatu perkara seperti perlantikan dan sebagainya..
Antara ciri-cirinya ialah :

  1. Mempunyai tujuan dan sasaran sesuatu matlamat
  2. Mempunyai kerjsama dari sekelompok seseorang.
  3. Mempunyai keterikatan format dan tatatertib yang harus ditaati.
  4. Mempunyai koordinasi tugas dan wewenang.





haa nampak tak gambar yang sis letakkan itu...Itu adalah contoh sebuah organisasi Politeknik sis . cuba korang lihat organisasi ini disusun dengan kemaskan cantikkan ... setiap jabatan pasti akan ada ketuanya..
Mari sini sis ceritakan tentang organisasi itu, Organisasi ini mempunyai Ketuanya yang paling atas iaitu pengarah dimana dia yang akan memberi arahan kepada orang bawahan untuk melakukakan kerja . seterusnya timbalan pengarah  yang akan memberi arahan kepada ketua jabatan masing-masing dan diturunkan kepada pensyarah serta pelajarnya tentang sesuatu maklumat..Organisasi ini berjaya kerana mempunyai ketua yang cekap jika tidak habislah sesuatu organisasi itu.
 Kalau sis pun sangat suka mempunyai organisasi yang sangat kemas dan kerjasama yang bagus.kalau korang pun nak macam itukan so?? apa lagi buatlah sesuatu dengan mengikuti ciri-ciri yang sis nyatakan supaya suatu hari nanti korang akan dapat jalankan sebuah organisasi dengan cemerlang INN SHAA ALLAH Amin hehehe...haaa sis dapat sebarkan ilmu untuk hariini sampai disini sahaja sebab sis mengantuk hee nanti kalau ada umur yang panjang sis sambungkan lagi ilmu yang sis tahu okay. semoga ilmu yang sis sampaikan dapat korang manfaatkan .

Terima Kasih.

Tujuan dan matlamat ?

 


Mempunyai tujuan dan sasaran matlamat 

Tujuan malamat ? apa tu ? Tak kan tak tahu dalam kehidupan kita mesti mempunyai tujuan dan matlamat apa yang kita mahukan kan. Sebagai pelajar pun tidak munstahil tidak ada yang tiada tujuan atau matlamat tanpa tujuan atau matlamat kita mungkin tidak akan melanjutkan pelajaran kita kan ?

Jadi dalam organisasi pun semestinya la ada Tujuan dan matlamat nya. Tujuan organisasi boleh dikatakan pewajaran kepada kewujudan  organisasi tersebut. Ia dapat memaksa organisasi itu untuk mengetahui ' Apakah matlamat sebenar sesebuah syarikat'? .Penetapan matlamat organisasi pula dapat membantu sesebuah organisasi itu untuk mencapai misinya kepada sasaran prestasi dan spesifik supaya dapat diukur tahap kemajuannya.






Mempunyai kerjasama dari kelompok seseorang

                             
                                 

alhamdulillah . berakhirlah sudah bulan september . banyak kenangan manis yang ditinggalkan dalam bulan itu . hehehe . and now . HELLO to OCTOBER ! apa pulak kenangan yang sis boleh sematkan dalam hati ? harap harap yang manis saja . IN SHA ALLAH . AND HAI ualls berjumpa lagi kita pada pagi yang menyejukkan ini . dengan hujan dan angin yang sepoi sepoi bahasa . kalau tido pun best ni kan . hehehe . disebabkan banyak lagi assigment yang sis belum buat , so sis redha jelah kalau tak tido sehari pun kan sebab korbankan masa tido . disebabkan sis tak nak bagi sis yang tido , sis saja try google tentang CIRI-CIRI ORGANISASI yang betajuk PERLU MEMPUNYAI KERJASAMA SEKELOMPOK SESEORANG . eh apa tu ? tak pernah tahu pun pasal ni -_- . so dengan rela hati sis nak tahu jugak apa yang mereka ingin sampaikan . sis pun baca apa yang ada uncle google terangkan . yeahhh , dah paham dengan tajuk yang sis cakapkan tu . okay okay , sekarang sis nak terangkan tajuk sis untuk u alls . waittt . jangan scroll bawah lagi . senyum sikit :) sebelum sis nak terangkan sis ada teka teki untuk u alls . okay , jom scroll bawah and jawab teka teki ini dulu :)


ada berapa banyak harimau dalam gambar ini ? u alls kira dulu . nanti sis akan jawapan ya ? selamat menjawab ...


okay berbalik kepada cerita kita tadi . tanpa buang masa sis akan cerita sedikit sebanyak yang sis faham tentang tajuk yang sis ingin sampaikan . secara sederhana , organisasi adalah satu kerjasama sekelompok orang untuk mencapai tujuan bersama yang diinginkan dan mahupun terlibat dengan peraturan yang ada . organisasi juga disebut sebagai wadah atau tempat untuk melakukan kegiatan bersama bagi mencapai tujuan yang telah ditetapkan bersama . dalam hal ini disebut ciri-ciri organisasi ialah 

  • adanya komponen ( atasan dan bawahan )
  • adanya kerjasama ( cooperative yang berstruktur dari sekelompok orang )
  • adanya tujuan 
  • adanya sasaran 
  • adanya keterikatan format dan tata tertib yang harus ditaati 
haa , ini sahaja yang sis boleh kongsi untuk u alls . kalau u alls tak paham boleh ja search uncle google. if ualls taknak jugak , tunggu ye nanti sis akan terangkan lagi dalam blog yang cantik ini . hahaha . mata pun dah minta direhat . heheheh .okay goodnight sayang sayang semua . thanks sudi melawat blog ini :) 






Dalam organisasi pun ada tatacara ?



Mempunyai tatacara dalam  sesebuah organisasi  

Tatacara ? merupakan satu proses kegiatan yang harus dilaksanakan sesuai dengan sumber-sumber yang ada dan waktu tersedia . okay macam ini lah tata kerja ni ''cara dimana yang bertujuan untuk mencapai malamat dengan cara melaksanakansuatu pekerjaan dengan benar dan terhasil dengan apa yang direncanakan.''